Resepi Sotong Goreng Berempah
1) Sediakan 6 hingga 8 ekor sotong. Buang kulit, dakwat, mata
dan potong separuh dibadannya seperti gambar serta cuci sehingga bersih.
2) Sediakan Sepeket TEPUNG REMPAH GORENG DAN PANGGANG
TOK MAMA KITCHEN.
2) Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
3) Ambil 1/2 sudu tepung, gaulkan bersama sotong
dan perapkan sebentar.
5) Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng.
6) Panaskan minyak guna api sederhana perlahan.
7) Golek-golekkan sotong dengan Tepung Rempah Tok Mama Kitchen
yang telah diperap tadi.
8) Goreng sehingga masak. Pesanan penaja,
Jangan terlalu kerap sangat terbalikkan sotong, nanti salutan tepungnya tidak
melekat pada sotong ye.
9) Bila dah keperang- perangan, angkat dan toskan.
10) Sedia untuk dihidang. Makan begitu sahaja pun sedap.
Juga boleh dijadikan lauk nasi lemak.
Taraaaaa.... yummy... jom makan.. Bismillahirrahmanirrahim...
0 comments :
Post a Comment